Si Pembaca

Sunday, February 27, 2011

Nicholas Spark; Seorang Penulis Novel

As Salam :) ;

Hmm, entri lepas aku ada pung pang pasal movie kan tapi aku lupa nak ckp yang movie tu di adaptasi kan dari seorang penulis novel bernama Nicholas Spark. Aku pn ada la gak simpan buku buku dia ni. Antaranya ialah

---------------------------------------------------------



1. The Choice




2. True Beliver




3. Dear John




4. At First Sight

-----------------------------------------------------------

Kalo di ikut kan banyak sebenar nya buku buku dia ni tapi dalam collection aku hanya ada ini sajo :) tu pn kakak aku yang mengumpul nya tetapi atas dasar baik hati org sekeliling aku, aku dapat la beberapa movie hasil tulisan novel si Nicholas ni. Kalo payah sgt nak abis kan membaca kite tengok je la movie dia, walaupun dalam movie tak la details sgt tapi sekurang kurang nya kita faham apa yang nak di sampaikan si penulis ni. Antara citer citer yang dah di movie kan ialah The Notebook, Dear John, Message in the Bottle dan The Last Song. Yang lain lain aku tak pasti la..kalo aku terlepas pandang, minta maaf ye ^^ tak sengaja.

Jadikan amalan membaca satu amalan yang mulia ye kawan kawan ^^v!! *alasan tak nak membazirkan masa


p/s : on the way tengok movie Message in the Bottle lak hehehehe

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^!



Movie Review: A Walk to Remember


Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua ^^!

ok! arini aku cuma nak komen la sikit sikit mengenai movie yang aku layan baru baru ni. Aku tau aku mmg da ketinggalan jauh selama beberapa tahun haha. Movie ni kua tahun 2002 (kalo tak silap la :) ) tapi baru sekarang aku terhegeh hegeh nak download pastu layan sorang sorang :) apa boleh buat, memilih sgt kn. kalo tak ada yang kacak, cantik, romantik dan fantasi sangat, orang hulur pn kita wat dek! *sombong! :P



A Walk to Remember



Sinopsis version aku yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan kefahaman aku sendiri :) :-

Jamie Sullivan (Mandy Moore) budak perempuan yang baik dan suci je muka nya ( ini kerana bapa dia seorang pendeta(reverend) di sebuah gereja di kawasan perumahan mereka) manakala Landon Carter (Shane West) budak lelaki yang nakal dan suka melakukan pekara perkara yang melanggar peraturan. Mereka ni da kenal lama tapi tak pernah bertegur sapa :). Oleh sebab satu kemalangan yang tak di sengaja yang di lakukan oleh geng Landon Carter ni terjadi, Landon Carter di hukum dan terpaksa mengikut beberapa aktiviti yang telah di tetap kan oleh pengetua sekolah tersebut. Antaranya ialah mengikuti kelas drama dan dia diberi watak utama dalam drama tersebut dan menjadi tutor pada setiap hari sabtu *ada lagi hukuman nya tapi aku xingat :P. Dari situ la, persahabatan Jamie Sullivan dan Lan don Carter terjadi. Kehadiran Jamie Sullivan sedikit sebanyak mengubah si Landon ni menjadi seorang yang berguna :) dan kehadiran Jamie Sullivan gak membuat kan si Landon mendapat cinta yang sebenarnya. Banyak perkara yang di kongsi bersama sepanjang mereka bersahabat dan Jamie Sullivan mula berterus terang akan penyakit nya pada Landon Carter. Dari saat itu, si Landon cuba menunaikan segala impian Jamie Sullivan dan takdir tidak menyebelahi si Landon kerana Jamie akhirnya mati akibat penyakit tersebut T-T. Walaubagaimana pun, cinta Landon tak kan berubah selama lama nya.


---------------------------------------

Apa yang aku boleh kata kn, jalan cerita dia tak susah nak paham pn cuma kalo feelings sikit memang meleleh r air mata ni haha. Kita mesti berangan angan kalo kita berada di tempat diorang kn..mesti bessssssstt! romantik gtu hehe. Pengorbanan tu penting kn ^^ bak kata peribahasa melayu kita: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih renung renung kan





antara perkara pekara yang hendak di lakukan dalam hidup si Jamie Sullivan ^^


p/s : aku pun sedang mencari cinta lalallalala~

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^

Saturday, February 19, 2011

Kirin Selama Perak Yang Sempoi

Assalamualaikum semua;

Arini terpanggil untuk support KSP yg tertiba je nak wat segmen terjah menerjah ye ^^
Sebelum kita sembang panjang kita wat la ape yg KSP suh ye.

1. Follow KSP; saya org yg ke dua lima tujuh *settle

2. Amik header KSP buh kat sini *settle juga



3. Kisah suka duka aku bersama KSP ^^v

Dari mana nak mula ye KSP??? ^^

ok! Aku kenal KSP ni pada tahun 2006/2007 kalo tak salah aku la, masa ni aku amik course foundation sebelum amik degree kat unisel ni. Masa ni gak KSP amik diploma kn kn ^^. Perkenalan kami terjadi apabila bertemu di gelanggang badminton, konon nya nak kongsi court sesama :) betul ke KSP atau kita penah jumpa kat tempat lain??? Masa ni juga KSP sangat la low profile hehe biasa la kan first time jumpa, tapi dah masuk hari hari seterusnya KSP mula menunjukkn sifat sifat nya yg sebenar haha!

Sejak dari aritu, kami berkawan la ramai ramai. Opss! tak lupa ye pada kawan kawan kita; Azim, Kak Ili, Farah, Aiman, Abg Hanif, Abg Shafeeq, dan ramai lagi r. Bila berkawan ngan KSP ni kena banyak banyak bersabar dan kental sbb mulut dia mmg laser, sape sape blh sentap ngn perkataan perkataan yang terkeluar dari mulut dia...tapi tak semua yang KSP ckp tu omong omong kosong. Kekadang apa yang KSP cakap kena gak la batang hidung aku hehe

Perbezaan umur kami hanya la satu tahun je so tak payah ber akak akak la dik oi! *Tapi ngan farah KSP ber akak akak ye hehe. Hah! KSP paling sayang kan KAK ILI. Ini lah akak yang bersusah senang ngn KSP * yg ni off record la sbb nad tw KSP akan touching kalo nad story kat sini ^^

Sepanjang aku bergelar pelajar dulu, kami agak rajin kua sesama ramai ramai. Antaranya pergi melawat bukit malawati haha, KSP ingat tak?? meh tgk pic KSP yang sempoi ni




Sempoi tak KSP dalam pic ni??
dari kiri: kak ili, aiman, KSP


Selain tu gak, kita ada gak g makan ikan bakar kt Jeram nun sana hehe. Agak agak bila la dapat berkumpul balik ramai ramai makan banyak banyak ye :)


Apepn semoga cepat sembuh nanti boleh smash org lagi...peace ^^v!!!

p/s: kalo nak baca entry KSP smash org leh g kat blog ni tp kena cari dulu la hehe --> KAK ILI

p/s lagi: nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab memperkenalkan SB (Sahabat Blogger) pada nad :)



Wednesday, February 09, 2011

MN di SKYPE

Assalamualaikum ^^


MN sudah ada SKYPE :)

kalo sapa2 nak add MN, ni id nya aries5298

thanks semua ^^


Monday, February 07, 2011

Gegar 1,000 Blog oleh Ben Ashaari

Assalamualaikum ^^

Tetiba nak join gak segmen Ben Ashaari :) ramai betul support abg Ben kita ni..

let's do it yeahhh!!



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??


Header Blog Buatan Sendiri


Assalamualaikum semua ^^

Hari ini happy sebab dapat buat header blog ngn air tangan sendiri. Lagipun dah lama sgt blog ni tak berkepala..segan lak rasanya hehe. Bile MN blogwalking kt blogger lain semua cantik2x..geram sgt....apepun header ni pn mcm ada yang tak kena kn..


Kalau nk komen..silakan, MN tak marah pn...^^ biasalah MN baru je belajar guna Photoshop. Banyak lagi skill kena belajar ni ^^v


* MN bermaksud Miss Nadia



Sunday, January 09, 2011

Debaran Kemuncak AJL25 akan terjawab malam ini

Salam;


Nak update laju laju ni. Semua orang dah tw yang malam AJL25 :)




Jangan lupa saksikan nya menerusi web dan di kaca tv k!



Oh, terlupa lak sape sape nak tgk RED CARPET boleh click website ni ok (:


Website AJL25: http://ajl25.tv3.com.my/ajl25/livestreaming.html


Yang kat bawah ni lak official website dia...sgt simple! terbaik!


http://ajl25.tv3.com.my





Selamat menonton semua!! Dan good luck pada yang bertanding malam ni :)

Wednesday, January 05, 2011

Saya Blogger Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Sebagai mukadimah, saya nak ucapkan terima kasih sangat2x kepada Azman Roslan kerana memanjangkan lagi tempoh untuk Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri. Dengan rasa gembira, saya telah membuat 1 entri mengikut kreativiti saya yang tidak seberapa ini. Selamat membaca!


TAJUK KARANGAN SAYA: SAYA BLOGGER SELANGOR

Hi. Saya Nornadia Mohd Shim. Saya di gelarkan dengan pelbagai nama2x yang mereka rasa cool sangat2x, antara nama2x nya 'NAT SKRU', NAD CENDOL, DORAEMOON, dan SINGA. Tapi sebetul2x nya saya gelarkan diri saya NADIA @ NAD dan dalam dunia blogger ini saya guna MISS NADIA :pandacloud_08:. Sengaja nak cari kelainan--

Hmm....status saya pada 2011 ini, saya masih lagi solo, bujang tang tang*skemanya. Tidak mempunyai pakwe@kayu balak. Kalau sapa2x yang rasa nak isi borang, boleh hubungi saya
di:
facebook: Nornadia Mohd Shim *click je
twitter: nadiamshim *click gak
email: nadia_mshim@yahoo.com

Sekarang saya berada di daerah Gombak. Manakala tempat tinggal saya di Bandar Rawang. Dulu tempat saya sangat la tidak berapa nak happening, tapi sekarang semua ada.. MCD, Pizza Hut, Domino, Old Town, PapaRich, Sup Ani dan banyak lagi. Kalau nak tulis satu2x memang banyak..cuma harap lepas ini, ada lah 1 cinema..senang sikit. Tak yah la ari2x kena g Brem Mall Kepong atau Jusco Kepong lagi kalau nak tengok movie :pandacloud_10:.




Bandar Rawang yang tercinta :pandacloud_01:

Antara tempat2x yang menarik yang terdapat di sekitar jajahan saya, yang penting paling dekat la dengan rumah saya ialah Hutan Lipur Kanching :pandacloud_01: pernah dgr tak?? jgn risau boleh google nama hutan tu. Hmm..ia sebuah tempat rekreasi yang mak bapak adik akak makcik pakcik nak rehat2x kan otak mereka sambil makan nasi lemak yang mereka bawa dari rumah :pandacloud_14:. Dulu masa kecil2x rajin la ajak mak ayah g sana, mandi manda tapi sejak dah besar ini susah sangat nak jejak sana..harap2x sekarang ni lebih cantik la...lain-lain tempat, rasanya paling latest yang wujud kat rawang ni ialah TESCO! haha..amacam rawang gempak tak???? :pandacloud_12: dulu rawang ni pekan je cuma sekarang ni dah banyak pembangunan.

ok la awak semua......saya rasa cukup untuk sesi memperkenalkan diri saya dan tujuan saya berblog ni adalah suka2x sambil menjana pendapatan sampingan seperti nuffnang..ramai yang dah tahu pasal nuffnang kn kn?? siapa2x yang belum jadi ahli nuffnang..sila2x, jangan malu2x nak isi borang....:)




Thanks semua!! Selamat berkenalan :x::o::x::o:


Tuesday, January 04, 2011

Happy New Year

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!!

Yeah!! Entri pertama aku pada hari ke-4 untuk 2011..:pandacloud_10:

Tak banyak sangat nak dikongsi cuma tahun 2010 adalah tahun yang aku rasa macam nak sepak2x je....arghh! Banyak sangat pahit nya dari yang manis2x belaka. .





tapi...




aku bersyukur kerana Allah s.w.t telah memberi aku peluang untuk bernafas lagi bagi meneruskan hari2x yang seterusnya..aku redha dengan apa yang berlaku sepanjang 2010...


apepn aku berjaya menamatkan pelajaran aku sebagai Bachelor of Industrial Management di Unisel.. Ya, kwn2x aku seorang student di unisel BJ (Bestari Jaya@Batang Berjuntai). Tempat aku berpanas hujan ribut taufan yang bagi aku banyak kenangan yang perlu aku lupakan dan perlu di kenang2x kn :pandacloud_14: juga.


Sempena Tahun Baru ni, aku tak ade la nak list kan azam2x yang berjela cuma aku harap apa yang aku nak, aku leh dapatkan dengan hasil titik peluh sendiri...erti kata lain cuba untuk berdikari...

oleh itu,






HAPPY NEW YEAR KAWAN-KAWAN!!!!





*penting: tahun ni cuba update blog sebanyak mungkin :pandacloud_07: