Si Pembaca

Sunday, May 26, 2013

Perkahwinan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Cuti sekolah pun sudah bermula jadi pasti ramai yang tidak akan terlepas melangsungkan perkahwinan.

Bila sudah dipertemukan jodoh pasti akan melangkah setapak lagi untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang tersedia ada..

Wahh, gila serius penulisan aku ini! eh, tak nak la serius sangat. nanti takde orang nak baca hehe.

Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai kawan kawan aku yang sudah menjadi tunangan, suami/isteri mahupun ayah/ibu. Aku bersyukur kerana mereka telah dipertemukan jodoh yang baik baik. Jodoh juga tak mengenal usia. Setiap orang ada pendapat masing masing. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan kawan aku. Biarlah kita ini kahwin sekali seumur hidup.

Aku pun masih mencari jodoh ku juga. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan kawan yang akan atau telah melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. 

Kepada Fazlina Othman, tahniah diatas perkahwinan awak ini. Setelah mengharungi peristiwa hitam itu, awak terus memandang ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Walaupun awak telah menjadi isteri kepada orang lain, saya tau awak akan sentiasa menyayangi yang di atas sana kan :) saya bangga dengan awak!

Tidak lupa juga, Izzey Amin :) Ya Allah, sungguh tak di sangka yang awak dipertemukan jodoh dengan Ustaz Azhar Idrus. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Maaf sebab tidak dapat menghadiri majlis awak.

Ustaz Azhar Idrus disamping isteri isteri tercinta

Sumber: Google