Si Pembaca

Sunday, July 21, 2013

Jasa mu dikenang

Assalamualaikum

Menghargai sesuatu itu perlu supaya kita akan sentiasa mengingati nya kelak. Tak kira sama ada pemberian itu dalam bentuk barang ke, tenaga atau sebagainya.

Sama juga mcm saya, bertuahnya jika apa yang kita nak pasti ada org memenuhi permintaan kita. Untuk dijadikan cerita, saya ni beruntung sangat2 sbb keluarga cuba memenuhi kehendak saya, takda mak ayah yang tak nak tgk anak nya senang kan.

Habis shj form5, saya ditawarkan belajar di sebuah universiti swasta, masa tu nak bgtahu ayah punya lah takut sebab ayah mesti bangkang atau tak setuju. Yelah swasta kn, mesti byk nk guna duit. Bila dah bincang sama2, ayah setuju bg saya belajar situ sebab dekat dgn tempat keje ayah. Jd boleh r ayah wat spot check hahaha. Bila dgr ayah ckp mcm tu, mmg tak r nk wat jahat hehee.

Bila dah masuk 2nd year belajar, ayah bagi kemudahan utk kegunaan saya nk ke kelas. Masa ni duk kat lua, menyewa umah ngn kawan2. Masa ni gak ayah bising, takut saya ni langkah panjang sebab ayah dah bg kereta kat saya.

Jadi, bila dah grad pun, ayah tetap beri kemudahan itu pada saya. Sampai sekarang saya sayang pada dia, susah senang saya tetap bersama dia. Apa yang saya nak katakan ialah tak kira la kete lama atau kete baru, kalau kita pndai menjaga tentu ia kelihatan baru juga hehe


Terima kasih kereta wira kerana selama ini telah berkhidmat smpai sekarang.
Insyallah kalau ada yang baru pun saya sentiasa ingat kamu

#test update guna blog android

Saturday, July 20, 2013

Terima kasih pada mu MAXIS

Assalamualaikum :)

Macam chipsmore laa.. Hehe,  apa boleh buatkan bila terlalu sibuk sangat rasa malas sangat nak menulis blog.

Sebelum terlupa, sy nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua yang beragama Islam kerana masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa di bulan mulia ini.

Berbalik pada tajuk kita hari ini, wahh macam penceramah bebas pula!


Sy sebagai pengguna Maxis bersyukur kerana maxis banyak menyenangkan urusan saya selain dapat menjimatkan wang saya,, yeahhhh!!!
Mcmana??? Dengan topup hot tiket sosial rm10 shj. Sangat menguntungkan. 



Jangan tersalah beli pula ya. Maxis ini ada macam-macam hot tiket


# Post ini adalah TIDAK berbayar.