Si Pembaca

Friday, November 28, 2014

Dulu VS Sekarang


Assalamualaikum!

Kita nak cerita macamana kita boleh jadi blogger yg tak berapa kick ni. 

Dulu..
Masa kita remaja, kita suka buat apa yang orang buat.
Contoh, org ada friendster, kita pun ada.
Orang ada Myspace, kita pun ada.
Orang ada Yahoo Messenger! Kita pun ada gak.
Blog? Haaaah. Yang ni kita fikir banyak kali sebab apa yang kita cerita 1 dunia akan membaca.
Lama.....fikir, akhirnya kita pun buka la account tapi rasanya ni blog yang kedua selepas blog pertama hilang tanpa kesan bila kita ni tak ingat password account.
Masa ini, kita rajin godek godek, tukar background la, letak emoticon la, letak chatroom. hahh semua ada, rajin sangat.
Update blog pun boleh tahan, walaupun cerita tak segah mana pun


TAPI.....



Sekarang,
Nak update pun dok berkira kira. story memang banyak gila, tp lepas pegang je tab nak menulis, terus takde mood...why la! Rindu betul nak berblog macam dulu dulu.

Sekarang...
Nak kena menulis semula la paling malas

good night everyone. Entry kali ini mcm vangang r. Otak fikir lain, mata tgk lain....huwarggghhh

Tido...tido!


Tuesday, November 25, 2014

Holiday oh holiday!

Assalamualaikum. Ya, saya perlukan holiday yang vasssss!

Kenapa? Yela. Setahun ini baru terasa penat bekerja dan usaha selama 3 tahun bekerja pun dah membuahkan hasil. Perasan tak saya ada bg hint di post yang lepas...hahh. bukan apa, nak remind kan sahaja. Hehehe

Alhamdulillah, sebut punya sebut, doa punya doa, akhirnya!

Next year, bulan 2 saya fly ke Sabah! KUNDASANG Ooo..

Macam apa kan? Hahah biar pi la. Janji saya happy. Setakat ini ada la holiday kat semenanjung dan seberang tembok Malaysia. Lepas ini plan nak pi Indonesia pula. Wahhh...

Biasa la masih bujangkan. Kot ada rezeki pi umrah lak...doa tu...harap dimakbulkan. Amin....

Ok. Kita tutup dulu pasal holiday. Lama lagi. Nak pung pang pasal lain lak.

K, bye!

Sunday, November 23, 2014

Pasang Surut

Assalamualaikum.

Dah hujung bulan kan? Cuti sekolah pun dah mula. Ramai la planning bercuti jauh jauh. Kita....gak yang kena bekerja ;).

Takpe, tahun depan dah booked tiket pergi Sabah!
Alhamdulillah, rezeki kerja 3years di tadika. Dpt flight tiket pun dah bersyukur, kalau nak harap kan savings kita ni, confirm duk tangguh tangguh.

Rasanya dalam 1 tahun ni, takde pergi cuti cuti malaysia. Kalau ada pun takat sini sini je. Kalau dapat cuti public holiday tu mcm lucky draw la. Syok nya tak terkata. Kami ni cikgu cikgu tadika cum taska payah nak ambil cuti cuti umum ni, kecuali cuti cuti penting je.

Eh, tajuk pasang surut tp apa cerita nya? Kalau cerita mcm kelakar tapi tu hakikatnya!

Kisahnya bermula bila kita ni, yang umur dah banyak kan nak bercinta mcm budak budak remaja.. hahaha.
Umur mcm kita ni dah ramai yang kawin, anak pun dah berderet tapi kita ni? Payah nak kata la. Berkawan tu ada tp nak steady tu, kemain payah yang amat.

Setakat ni kita jenis yang simple. Takde nak serabut la. Bila dia kata dia busy, kita ok kn je. Percaya tak kalau kita kata kalau dah dating sekali pastu kena tunggu atleast 2bulan untuk dating seterusnya. Tu tak termasuk call dan message. Kalau tengok org lain, sepanjang masa je phone berbunyi tp kita ni, Haiiihh, kalau berbunyi tu rezeki la.

Relationship kami sangat complicated! Dua dunia berbeza. Well... nasib kita ni jenis memahami. Takde la lembik sgt. Tapi tipu la kalau kata tak terasa..

Yang penting parents kita dah bg green light. Berganda syukur tu. Mak kiah sangat cerewet. Tengok je la majlis angah.

Masa nak beritahu sapa kwn kita tu, berdebar yang amat. Mana la tau kena reject, hancur berderai hati kita ni. Tapi, alhamdulillah... Allah Permudahkan jalan saya ini. Tapi banyak syaratnya.. terkedu sat! Jadi, awak bersedia ok, emosi dan mental bila jumpa mak kiah!

Kadang kadang cerita cinta kita tak lah seindah orang lain. Kadang kadang lama awak menyepi. Ada tu sampai 4bulan awk senyap. Sepatah kita tanya berbulan awak nak jawab kan, tu la pasang surut nya
Touching dah ni.

Bukan lah nak minta simpati, cuma nak luahkan sahaja.



Sunday, November 16, 2014

Sudah berpisah PART1

Assalamualaikum semua! ada pembaca tak? takde! ehhh takpe. Kita menulis pun untuk suka suka shj. Sahaja hendak mengisi masa lapang.

Alhamdulillah, tahun ini #keluargapakitamcikkiah telah selamat menerima menantu pada 24.10.2014.
Menantu pertama kan! Majlis 3hari 2malam berlangsung dengan baik tanpa sebarang gaduh gaduh. boleh percaya ka? hee adalah sikit sikit. kita memang hendak semua nya sempurna di mata orang tapi mesti ada cacat cela nya :)


Si kakak yang ber-selfie pada malam berzanji. Masa ini agak touching la sebab malam ini kami buat ala-ala cukur jambul tapi kita tukar kepada tepur tawar. Yang ini permintaan Cik Kiah sebab masa kami kecil kecil kitorang takde cukur jambul jadi dah besar ini, Cik Kiah buat kan la untuk anak perempuan nya.






Si kakak yang kuat menangis heeee!

Hari nikah pula esok nya. Lepas solat jumaat, 2kali akad nikah dan menjadi isteri kepada suaminya, Rozaimi.













Malam berinai pula!






kita sambung lagi ye! tunggu.


8, 9, 10 and 11!

Assalamualaikum! Tajuk budak budak tadika. haha!

why??

blog cikgu sekarang ini sudah bersarang labah labah.

Last update bulan 7, sekarang sudah bulan 11!

busy busy busy. sejak tak cukup kaki tangan mulut mata ini, kena berkejar-kejar menguruskan hal hal anak di tadika.

orang lama yang tinggal pun 2 orang je, yg lain baru nak ambil mood jadi budak budak

dengan asyik keluar masuk tadika. cikgu akui yang cikgu banyak skip class anak anak. rasa bersalah yang amat.

takpe. next year cikgu buat yang lebih baik dari sekarang :)