Si Pembaca

Friday, February 27, 2015

Ciptaan Allah swt

Assalamualaikum!



Bila tengok persekitaran macam ini rasa damai sangat..sejuk je mata memandang. terus rasa fresh yang amat. kepala dah tak fikir kat semenanjung 



Yang ini, view petang lepas solat asar


Yang ini view pagi depan bilik homestay...angin sejuk sahaja







Yang ini la view tengahari di Sabah Tea, Pukul 1 tenghari juga la

Rasa macam nak stay sana je. ok bye!

3 hari 2 malam di Sabah Part 3


Assalamualaikum! Kita janji ni last part trip Sabah hehehehe. 

Lepas pergi Sabah Tea, kami terus ke Gunung Kinabalu! Dejavu Kinabalu hahahaha. Masa sampai sini ingatkan lepas je entrance tu dah sampai lah. Rupanya nunnnnn jauh ke dalam. Nasib baik la tak turun kalau tak menapak la kami ke  kaki gunung tu. 

Sampai je wefie  tu penting! tu yang gambar nampak terbalik hahahaha



Selamat Mendaki ke Gunung Kinabalu 




Disini, kami hanya dibenarkan berada di ruang masuk dan ruang view yang betul betul berada di belakang gunung kinabalu. Seperti yang kita tahu, kita tidak dibenarkan mendaki jika tidak ada permit yang sah kalau tak kita akan didenda kerana tidak mematuhi peraturan pendakian. hmmmmmm.... target nak panjat gunung sebelum berkahwin hehe



Kenangan di kaki Gunung Kinabalu. Suhu sejuk lah tapi takde lah sampai mengigil hahaha


Ladies!


Selamat tinggal huwaaaa


Jadi half day di Kundasang pun berakhir. Moh la kita balik KK untuk layan Seafood sampai bengkak kihkih. Macam la kat Semenanjung takde kan tapi dah sampai sini kini pulun sahaja, apa yang ada....tersandar masing masing!




Masa ini kita ada 3group so makan pun sendiri sendiri ikut selera masing masing. Total semua cecah rm700++ juga la..



Yang ini group kami, hahaha teruk benar rupanya!


ini cerita bila teruja jumpa lobster yang besar dan hidup, nasib baik customer ni sporting bila veteran minta ambilkan gambar ini. Thank you!

Habis tu, kami singgah terus Pasar Malam area situ, kebanyakkan jual barang barang perhiasan la macam gelang, baju baju, kerongsang. Saya cuma cuci cuci mata sahaja. Malam tu terus balik apartment dan tidur!


Hari Ketiga 08022015 jam0830

Last day di Sabah, kami hanya pergi jejalan di area KK sahaja, masa sampai tu kami terus ke kundasang jadi tengok tengok gitu sahaja. Pagi selepas je sarapan terus ke Pasar Filipino untuk membeli keropok, ikan bilis, sotong dan macam macam la.Di sini harga nya mahal sedikit berbanding harga pasar malam la, yang ini berkualiti sikit. Lepas dah membeli belah kami pergi ke sini pula



Brother ini memang mulut manis la.Pandai pikat hati customernya



Lebih kurang macam kat Bukit Bendera, Penang. Kita boleh tengok bandar KK hampir keseluruhannya


Makcik makcik, kakak kakak, abang abang dan adik adik bila ber-wefie


Spot the same bags! Different colour hehe dapat murah boleh la angkut bebanyak kan


Yang ini kami singgah Muzium Sabah tapi sayang saya tak masuk pun sebab depa kata nak pergi 1lagi tempat perkampungan tapi bila cost masuk je cecah rm60 jadi kami decide pergi ke Herritage Kinabalu Village sahaja.


Serius cantik kawasan nya. dengan pelbagai jenis rumah yang digunakan oleh suku kaum Sabah. Ada rumah panjang dan sebagainya. Rumah mereka berkonsepkan tinggi sebab kawasan mereka ada binatang buas jadi untuk safety mereka buat rumah tinggi untuk mengelak dari serangan binatang.



Selain itu, diorang pun ada mitos atau kepercayaan agama masing masing. Masa masuk sini seram sejuk juga sebab disebabkan kepercayaan dan kefahaman agama membunuh adalah salah satu kemestian. Saya pun tak berapa ingat cerita nya.


Yang ini rumah panjang utama, yang kami berdiri ini sebenarnya adalah tempat upacara permainan tangkap burung. Lagi tinggi mereka lompat, mereka akan dapat sentuh burung yang digantungkan. Mula mula fikir macamana dioang nak lompat tinggi, rupanya tempat ini macam spring tau sebab mereka hanya gunakan buluh sahaja.



Tak habis lagi pusing pusing kat sini sebab ada lagi dibelakang sana. sebab nampak jambatan gantung tapi nak kejar masa flight jadi pusing pusing kat depan je. On the way balik tu kami singgah tengok perkampungan air dan terlupa nak cakap kami singgah ke Masjid Terapung Kota Kinabalu.




Ini lah perkampungan air


Tanjung Aru! Masa ini nak marah pun tak boleh tapi tergelak adalah sebab konon nak kejar masa flight, kami lalu je kat tanjung aru. Ingatkan jauh lagi airportnya rupanya sebelah sebelah je! Kami dah terliur tengok jeruk mangga, betik yang dijual disini masa lalu tadi so kami pun minta driver pusing balik sebab tak leh tahan tahan dah tengok jeruk jeruk tu.

So. ini lah driveer kami sepanjang 3hari 2malam di Sabah. Bujang lagi. Nasib bahasa sabah nya tak pekat. Jenuh nak faham nanti


Ni je la group laki laki yang ada. 4 kerat sahaja. Ada masa kita berjumpa lagi ye. Balik semua tak dan nak bergambar sebab masing masing bateri dah low simpan untuk call orang semenanjung bila dah smpai sana.

Berakhirlah percutian saya yang biasa biasa ini. Lepas ini kemana kah kita? Sarawak??? Wooo best best. kasi menabung balik sebelum nak jalan jalan






Wednesday, February 25, 2015

Monday, February 23, 2015

3 hari 2 malam di Sabah Part 2

Assalamualaikum. Ini kesinambungan dari hari pertama. Hari pertama ok. Hari kedua rasa dah patah pinggang.

Hari Kedua 07022015 jam0830

Hari ini kita nak mejelajah satu Kundasang tapi sebelum tu kita nak pergi breakfast di Pekan Ranau, yang ini kami terus ambil brunch senang. Sebab nak cari makanan yang halal macam tak banyak sebab rata rata diorng ni berbangsa kristian. Dan hari ini juga tekak ni teringin nak makan bakso, nasib baik lah ada. Sedap juga tapi tak kick macam kat semenanjung...haiiih tempat lagi dikenang!

Disini ada juga pasar pagi, sama macam semalam. Diorang menjual sayur sayuran, buah buahan, pokok pokok bunga. Yang ini kami tak singgah sebab kami nak ke Tagal Luanti, tempat kolam ikan yang gigit kaki kita. Yang ini saya request sebab dalam plan asal memamg tak pergi pun, nasib boss kata ok. Cuma kena tambah sikit je la duit nya hehehe.

Perjalanan yang mengambil masa 1jam lebih dengan menyaksikan tumbuhan yang menghijau tapi sepanjang jalan gereja di kiri kanan. Kan saya dah cakap, diorang ni kebanyakkan menganut agama kristian. Tak smpai 100meter jumpa gereja lagi.


Hari kedua kita wefie! Hahaha, hari pertama kaku lagi ambil gambar segan malu malu gitu. Masuk sini kita kena tunggu turn. Kat sini pun boleh mandi juga tapi rata rata semua letak kaki je kat sungai ini.


Yang ini saya nama kan sesi wawancara, tengok. Saya sebagai wartawan, ada camerawoman, produksi bagai hahahha. Sweet gambar ini. By the way, akak ini ada record video saya duk aar uuu dalam sungai ini. Funny gila!

Next, kita pergi Sabah Tea pula. Yang ni kebetulan Sabah tea bersebelahan dengan Tagal Luanti, jadi dah alang alang on the way balik kan singgah la kejap. Lebih kurang macam Cameron Highlands gak cuma masa kami datang dah tengahari so tak larat nak pusing pusing kat area bawah sana. Jadi kita minum teh sambil shopping la ye.






Sekarang kita di Kundasang War Memorial Park yang berada di sudut kecil pekan Kundasang. Sapa yang minat sejarah bolehlah singgah sebentar sambil menghayati pemandangan yang cukup indah dan damai. Banyak sejarah yang boleh kita baca dan fahami.







Lihat tu Cik Puan punya blog. Sesekali ambil pic cenggini kan. Background dia memang cantik. English Concept katakannnnnn.




Sementara menanti kami pusing pusing di Kundasang War Memorial ini, si veteran pergi main golf!. Sapa kata pekan yang 'old school' takde padang golf huhuhuhu.


Hahahaha, sungguh bergaya veteran ini posing kan?

Nampaknya kita sambung lagi boleh? macam panjang pula hari kedua ini. Tunggu naaaa!