Si Pembaca

Wednesday, June 24, 2015

7 Ramadhan 1436H

Assalamualaikum semua!!!

Hari ini rasa muramm sahaja.

Mau taknya, smartphone kita buat hal. Sedih kita tau. Tu je la satu satu nya harta yang paling kita sayang sebab beli dengan hasil titik peluh sendiri campur duit mak sikit jeee.

Heeheeee

Al kisahnya pagi tadi on the way nak g kerja, tiba tiba si dia meragam. Biasanya kalau meragam tu pasal kita tak charge dia. So bila dah smpai sek kita kasi chance la dia berehat tapi asik on off lak. Pastu kua la notification wifi. Aaikkk! Biar betul.

Masa ni dah down habis la sebab dia bukan meragam lagi dah terus merajuk. Kita pun malas la nak layan tunggu lunch hour baru nak bawa g klinik.

Nasib la.. kedai kat area situ buka dan cik ni jenis yang susah nak percaya kedai sebarangan. Yang ni 1st time masuk. Lepas dah deal semua kena r bayar 40hinggit. Tu pun dia charge sofware la.

Masa ini dah terfikir, nanti nak pakai handphone apa....lama termenung. Tanya la macam macam brand samsung last last pilih ini jugaaaaaaa......

Taraaaaaaaaa!



Hasilnya lepas fikir panjang...

Ingat senang ke nak buat keputusan cenggini. Mula tak nak beli tp fikir payah lak nk comunicate ngan orang....cehhh



Pejamkan mata sahaja..


So lepas ni kena target lain r hehe..



Senang nak usung dah takyah kepit kepit lagi tab 2. Apepun cik sayangggg tab 2 cik......

XoXo


Monday, June 22, 2015

5 Ramadhan 1436H

Assalamualaikum!

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku sepanjang peninggalan beliau kepada ku. Aku mohon padaMu engkau jauhkanlah segala musibah sewaktu ketiadaannya. Kau kuatkanlah imanku supaya menjadi seorang yang sabar dan adil semasa melakukan tugas tugasku. Amin"

Sepanjang peninggalan beliau, cik sentiasa berhati-hati. Banyak kali gak kena tinggal. Kena tinggal waktu waktu penting pula. Alhamdulillah, setakat ini staff takde la complaint kata cik tak serahkan hak orang setiap hujung bulan hehehheehe.

Pada bulan Ramadhan ini, beliau sekeluarga akan berangkat ke Kemboja dengan misi menyampaikan bantuan kemanusiaan dan menyambut puasa di sana...

Ya Allah, murah sungguh rezeki nya. Semoga setiap pemberian yang diberikan mendapat rahmat kepadanya.

Lagi 2hari je, Khamis ini dah fly ✈✈✈✈

Semoga boss selamat sampai dan selamat pulang ke Malaysia!





Thursday, June 18, 2015

Diary of Mommy: Friso Sample Pack

Assalamualaikum semua!

Segmen ibu mengandung lagi. Hehehe jangan marah naaaa.

Hari ini peti surat telah menerima satu lagi sample pack dr Friso Gold. Alaaa. Brand susu la. Cik syak brand Friso boleh tahan harganya gak laaa. Telan air liur sat.

Macam biasa, selagi percuma kita cuba cuba la nasib. Alhamdulillah, sekali apply dah dapat. Rezeki anak kan?

Mehh, saya share ini product ok.

Setahu saya angah saya ni sungguh payahhhhhh nak minum susu. Kalau minum milo ok tapi kalau susu tepung hurmmmmm haremmm! Confirm tolak tepi. Tapi sebab kan dah mengandung, kena la juga minum.



Ini lah pack trial. Dalam nya adalah 3packet. Tapi tak tau la bila nak pos kan pada Orang tu, kalau hantar direct ke Kedah, tak dapatlah cik update blog ni hah.




Cara cara nya senang je. P website www.friso.com.my dan isi lah form yang ada. Yang ni cik tak pasti sampai bila trial pack ni diorang nak bagi. Kalau nak info lebih lanjut boleh check facebook diorang 


www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether





1 Ramadhan 1436H

Assalamualaikum semua! Macamana puasa hari ini?? Mesti ramai yang pergi kerja awal sebab nak balik awal dan serang bazar ramadhan kan kan??? Heheheehe.

Pada saya, bulan Ramadhan ni menguji tahap kesabaran, ketamakkan dan nafsu kita supaya untuk berjimat cermat. Selama ni bukan nya tak berjimat cuma asal teringin je nak makan, terus beli. Bila bulan puasa ni, kena pandai memilih la. Tak semua kedai yang menjual tu makanan nya sedap. Kadang kadang tu luaran cantik tp isi hancusss. Lain lak bila luaran memang ke laut tapi isinya, fuhhhh esok nya confirm terjah kedai tu lagi.

Sempena bulan puasa ni, orang akan mencari makanan yang jarang jarang orang jual. Ada ke? Hmm ada la kot. So bazar mana yang korang selalu aim nakk saaangat pergi? Kat rawang banyak gak spot bazaar yang marvellous tahap kaw kaw la. Tapi nak pergi tu alahai...bercinta sesangat! Hari ini tak tau la pergi ke idak.

Hari ini gak cik nak share la satu diari yang di panggil Diari Ramadhan. Diari ini muncul time nak puasa je hahha. Cakap pasal diari, cik ada buatkan scrapbook utk akak dan cik juga dah mula ke arah planner addict haha. Tinggal nak cari planner je utk dihancusskn.


Inilah diarinya. Cantik dan bersaiz buku poket je. Senang nak bawa ke sana sini

Yang paling bestnya, dalam buku ini tazkirah dan muhsabah diri sebanyak 30hari kita berpuasa. Jadi complete la utk sebulan kita berpuasa,

Yang dibawah ini adalah cara cara solat terawih dan solat witir sekali


Yang bawah ni lak adalah carta harian. Kalau rajin boleh r pusingkan handphone masing masing utk membacanya. Ampunnnn!

Kalau dulu, zaman kecik kecik mesti ada orang jual stok macamni. Kalau dulu kita guna sticker kan. Bila dah dewasa ini, kita buat macam dewasa la ye.




Ok lepas ni jangan malas malas, jangan skip solat.

Muhasabah diri ok.






Monday, June 15, 2015

Happy!

Assalamualaikum semua!

Korang perasaan tak blog cik sekarang macam ala-ala ibu sahaja kan? hehehe happy la pasal tak lama lagi nak dapat anak buah dah!!!!





Suka? of course laaaaaa







Kalau dulu cik adalah wedding planner si kakak. now jadi baby planner pula. ada ke tittle macam tu?? hahahaha. abaikan sahaja.






so, lepas ini blog cik akan update macam macam entry pasal pregnancy ni. sharing benda benda penting je. Tadi baru je settings pregnancy ticker. kihkih.



ok la...semalam akak ada update pic baru heheheeh syokk pula. ni yang buat adik nya mengedik nak kahwin ...





XOXO!





Diary of Mommy: Drypers Baby Club


Assalamualaikum! Morning!!!

Waaaahhhhh. Rasa seronok pula, orang lain jadi mak, cik nya yang over. 


Masa ni saja jalan jalan survey barang kat insta pastu baca blog tiba tiba ternampak iklan drypers ni.  Kalau kita register as member nanti dpt beg toddler percuma. Percuma! Cik sekarang pantang nampak percuma. Jadi cik pun daftarkan bagi pihak mak baby ni.








Senang je nak registernya, type www.drypers.com lepas tu register macam biasa la. Isikan form yang dia bagi tp drypers baby club ni hanya utk orang yang dah kawin, dah ada anak. Yang single tak boleh. Hahahaha. 



Kita dah register bagai, nanti dia akan keluar page bawah ni. Sapa yang pregnant tu kalau dah lengkapkan form nanti pergi kat tab 'Your Stage' dia akan keluar info ni. Yang ni kakak saya punya. Dia tak suka nak register semua ni. Dia tau ada je. 






Yang ini dah week 17, haritu week 15 dia letak gambar buah ororange. So kita bayangkan je la perut kita umpama buah oren. Ni dia letak gambar potato pula..
So, bakal bakal ibu boleh lah follow up dengan perkembangan anak anak melalui cara ini. Mak modern kannnn!







Selain itu, banyak gak information yang dia bagi pada bakal bakal ibu, berkongsi pengalaman sepanjang proses mengandung ni. Nasihat ari doktor doktor. 

Dryper baby club ni pun diorang ada kan size guide utk penggunaan pampers bayi, kalau beli size S utk sape, size M, size L dan sebagainya.

Kadang kadang kita pun tak perasaan yang kita pun ada tersalah buat keputusan bila membeli barang keperluan bayi ini. Jadi sebelum nak membeli pastikan apa keperluan bayi, buat shortlist untuk membeli belah. Macam cik ni pula, asal nampak cantik semua nak membeli

Apepun, mommy mommy dipersilakan register di sini. Tak rugi pun.







XoXo!








Sunday, June 14, 2015

Diary of Mommy: Toddler Bag

Assalamualaikum semua!

Ok. Dah sampai! Dah sampai!

Saya jangkakan barang ini akan sampai lewat sebab berdasarkan email yang saya dapat, kemungkinan 1 bulan akan sampai tapi hanya dalam seminggu je barang itu sampai ke tangan saya.


Syok nya!!


Ingat lagi tak saya ada register nama kakak saya dalam dryers club tu?? lupa nak bagitahu kalau kita sudah register as member club, kita ada diberikan hadiah percuma so ini adalah hadiah nya!





Selamat sampai dah! Sukanya. Saya ini suka buat benda macam ni. Register, baca terms and agreements pastu sign terussss!



Ini lah beg toddler. Mula mula tengok ingatkan besar...sekali dapat kecik je. hehehe tak kisah la janji percuma!



Yang penting brand Drypers. Hahahahah




Oleh sebab barang ini percuma, jadi memang gambar ladybird je la.....takde nak pilih pilih dahhhh. bersyukur lah yang ianya percuma. takyah nak demands la...








ok. lepas ni nak shopping barang barang baby pula. excited nak dapat anak buah pertama!


XOXO!




ILY Awak

Assalamualaikum semua!

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh ohh
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohh ohh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh

Ohh
Cintaku hanya kepada kamu
Sungguh dahsyatnya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Sungguh dahsyatnya cinta kita berdua
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Kamu kamu



kalau awak tahu semua ini.


XO,

Nornadia Mohd Shim

Kursus Asuhan Permata - Taska Rumah Siri 3/2015

Assalamualaikum! Terlupa laaa nak update pasal kursus ni, tak ingat langsung. Maaf ye k kawan baru.

Saya ni suka sharing apa yang saya buat, sekurang kurang nya kamu semua boleh dapat ilmu ini serta merta. Ok. Beberapa bulan lepas, saya rasa bulan 3 atau 4, boss saya telah menghantar 2 cikgu nya mengikuti kursus taska rumah. Apa itu taska rumah?

Taska Rumah bermaksud pengasuh yang menjaga anak anak di rumah dengan tidak melebihi 9 orang (tidak termasuk isi rumah) mana mana pengasuh yang menjaga 4orang anak boleh mengikuti kursus ini dan mendaftar terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap daerah masing masing.

Apa yang kita sedia tau, ramai ibu yang tidak bekerja mengambil peluang ini untuk mencari duit lebih untuk mendapat pendapatan lebih. Kalau anak anak jagaan ramai boleh lah ambil kursus PERMATA kerana kalau kita ada sijil ini kita boleh buka taska institusi.

Kenapa kita perlu ada sijil ini? Orang rasa kalau takde sijil ini, kita boleh je jaga budak tp sekarang ni zaman sudah berubah. Penjagaan di rumah pun boleh di saman ok. Sekarang ni kalau ada orang dengki senang senang je nak buat aduan. Kalau didapati tak berdaftar dah kena saman.

Banyak yang saya baca kes kes ini terjadi. Point nya disini senang sahaja. Kalau kita berdaftar dengan JKM apa apa jadi pada anak jagaan kita, JKM akan membantu sedaya yang boleh. JKM akan memantau sekiranya berlaku apa apa kes. Setakat ini, masa saya ikuti kursus ini, pegawai tu kata selagi tak ada aduan, JKM takkan buat lawatan mengejut.

Kursus ini banyak beri saya pendedahan tentang penjagaan anak anak. Memang la saya tahu saya ni tak berkahwin. Satu hari nanti saya mesti jadi ibu, dan ibu sekarang tak boleh lembik lembik. Anak anak dah zaman alpha. Kadang kadang percakapan mereka lebih bijak dan tajam.

Alamak dah serius pula bunyi nya heheheh. Konon nak tulis santai santai. Kursus ini diadakan setiap minggu. Ye la mak mak kan busy jaga anak anak isnin hingga jumaat. Hujung minggu sahaja ada free time.


Ini lah modul yang kami guna selama berkursus, disini kami diajar macamana nak mengajar dari pembelajaran, tempat bermain, keselamatan, nyanyian dan beberapa aspek pentadbiran.

Zaman kita dulu, bila hantar rumah orang mesti nak tengok tv je. Mak ayah kita tak kisah pun, tapi zaman ssekarang mak ayah bijak bijak sampaikan nak hantar balik tu mesti mak ayah tanya pada anak "hari ini belajar apa?"
  






Hari Pertama, kita kasi ice breaking dulu dan sesi pengenalan dari Pegawai JKM dan sebelah petang modul kesihatan dan keselamatan dari pihak PPUKM. Yang ini nurse dari unit kecemasan kanak-kanak. Orang nya tegas sangat. Semua tak boleh main main.

Next day, kita dah mula dengan isi-isi yang lain. Aduhhhh rasa nak termuntah bila sehari suntuk bertapa dalam bilik tu. Rasanya macam tak boleh pergi jer. Tapi kuat iman, mental, fizikal hahahaha.
So, bermula kelas hujung minggu dengan perasaan yang kental

Saya kongsikan sikit gambar semasa saya berkursus








Sebenarnya panjang lagi saya nak cerita tapi sebabkan kekangan masa, ini saja saya dapat ceritakan. Lama saya peram cerita ini. Maaf yer!


Next entry please!




Sunday, June 07, 2015

Keperluan Diri

Assalamualaikum.

Hari ini takde entry #throwback pasal cik sangat la malas nak korek korek cerita lama. Nanti kita buat entry tu next week ek

Keperluan diri? Hmm banyak tak terkata. Kalau boleh macam macam nak beli, nak guna, nak simpan. Paling asas yang kena ada of course barang kegunaan harian. Antaranya barang mandi, makan, alat makeup dan lain lain la. Tapi sekarang ni barang yang paling asas la yang banyak naik harga, rasa nak beli banyak buat stock berbulan. Jimat la sikit.

Lepas dah beli yang asas, perempuan kalau tak shopping bukan nama perempuan la. Tp cik ni jarang shopping, lagi lagi baju dan seluar. Ada tu yang cik tgk dalam masa seminggu mesti shopping sehelai dua. Tp cik ni asal kan baju tu tak lusuh, sarung jerr. Kadang tu mix and match. Takpun selang seli minggu.

Cik bukannya apa, cik fikirkan keperluan family dulu. Nak lak cik ada adik laki bongsu yang baru form4. Dia ni jenis meminta, bila kita tak dapat tunaikan rasa bersalah pula. Apa apa cik dulu kn family.

Shopping kita tolak tepi, ni sekarang fikir nak beli kereta. Dah bertahun duk fikir nak beli kereta besar sikit. Senang nk bawa family sekali harung. Nak pinjam ngn ayah, segan lak. Yela ayah pun nak pakai juga, bila nak beli kereta kecil, dah fikir lak nnti nak jalan jauh kena konvoi pula. Banyak sangat fikir nya. Kusut!

Tapi sekarang ni, orang beli kereta macam beli air minum kt pasar malam. Kereta banyak sangat kat atas jalan raya. Rasa seram lak nak bawa kereta.

Sooooo..... Jalan penyelesaian kita lupakan dulu nak keluar kereta baru.

Apa lagi ek?

Haaaa! Handphone! Handphone!

Ni pun keperluan juga. Tp kadang kita ni tak puas dengan apa yang kita ada. Baru je beli dalam 6 bulan dan nak tukar lain. Alasan? Dah kuar yang lebih canggih. Lebih canggih lebih mahal la. Dalam kes cik ni pula, cik nk tukar handphone sebab payah nak usung tab ni. Nak masuk dalam poket pun takboleh, kepit je la tab ni kat ketiak hahhaa

Kalau ada rezeki nak pakai Iphone. Telinga angah pun dah bingit pasal adiknya tak abis nak beli juga Iphone ni. Kalau murah tak pe la.

Lagi lagi?

Haaa. Rasanya banyak lagi tapi kita sharing yang ini dulu k. Banyak la mesej dari parents masuk. Kita layan parents jap ye.

XOXO!