Si Pembaca

Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan 1436H

Assalamualaikum semua! Macamana puasa hari ini?? Mesti ramai yang pergi kerja awal sebab nak balik awal dan serang bazar ramadhan kan kan??? Heheheehe.

Pada saya, bulan Ramadhan ni menguji tahap kesabaran, ketamakkan dan nafsu kita supaya untuk berjimat cermat. Selama ni bukan nya tak berjimat cuma asal teringin je nak makan, terus beli. Bila bulan puasa ni, kena pandai memilih la. Tak semua kedai yang menjual tu makanan nya sedap. Kadang kadang tu luaran cantik tp isi hancusss. Lain lak bila luaran memang ke laut tapi isinya, fuhhhh esok nya confirm terjah kedai tu lagi.

Sempena bulan puasa ni, orang akan mencari makanan yang jarang jarang orang jual. Ada ke? Hmm ada la kot. So bazar mana yang korang selalu aim nakk saaangat pergi? Kat rawang banyak gak spot bazaar yang marvellous tahap kaw kaw la. Tapi nak pergi tu alahai...bercinta sesangat! Hari ini tak tau la pergi ke idak.

Hari ini gak cik nak share la satu diari yang di panggil Diari Ramadhan. Diari ini muncul time nak puasa je hahha. Cakap pasal diari, cik ada buatkan scrapbook utk akak dan cik juga dah mula ke arah planner addict haha. Tinggal nak cari planner je utk dihancusskn.


Inilah diarinya. Cantik dan bersaiz buku poket je. Senang nak bawa ke sana sini

Yang paling bestnya, dalam buku ini tazkirah dan muhsabah diri sebanyak 30hari kita berpuasa. Jadi complete la utk sebulan kita berpuasa,

Yang dibawah ini adalah cara cara solat terawih dan solat witir sekali


Yang bawah ni lak adalah carta harian. Kalau rajin boleh r pusingkan handphone masing masing utk membacanya. Ampunnnn!

Kalau dulu, zaman kecik kecik mesti ada orang jual stok macamni. Kalau dulu kita guna sticker kan. Bila dah dewasa ini, kita buat macam dewasa la ye.




Ok lepas ni jangan malas malas, jangan skip solat.

Muhasabah diri ok.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: