Si Pembaca

Sunday, June 14, 2015

Kursus Asuhan Permata - Taska Rumah Siri 3/2015

Assalamualaikum! Terlupa laaa nak update pasal kursus ni, tak ingat langsung. Maaf ye k kawan baru.

Saya ni suka sharing apa yang saya buat, sekurang kurang nya kamu semua boleh dapat ilmu ini serta merta. Ok. Beberapa bulan lepas, saya rasa bulan 3 atau 4, boss saya telah menghantar 2 cikgu nya mengikuti kursus taska rumah. Apa itu taska rumah?

Taska Rumah bermaksud pengasuh yang menjaga anak anak di rumah dengan tidak melebihi 9 orang (tidak termasuk isi rumah) mana mana pengasuh yang menjaga 4orang anak boleh mengikuti kursus ini dan mendaftar terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap daerah masing masing.

Apa yang kita sedia tau, ramai ibu yang tidak bekerja mengambil peluang ini untuk mencari duit lebih untuk mendapat pendapatan lebih. Kalau anak anak jagaan ramai boleh lah ambil kursus PERMATA kerana kalau kita ada sijil ini kita boleh buka taska institusi.

Kenapa kita perlu ada sijil ini? Orang rasa kalau takde sijil ini, kita boleh je jaga budak tp sekarang ni zaman sudah berubah. Penjagaan di rumah pun boleh di saman ok. Sekarang ni kalau ada orang dengki senang senang je nak buat aduan. Kalau didapati tak berdaftar dah kena saman.

Banyak yang saya baca kes kes ini terjadi. Point nya disini senang sahaja. Kalau kita berdaftar dengan JKM apa apa jadi pada anak jagaan kita, JKM akan membantu sedaya yang boleh. JKM akan memantau sekiranya berlaku apa apa kes. Setakat ini, masa saya ikuti kursus ini, pegawai tu kata selagi tak ada aduan, JKM takkan buat lawatan mengejut.

Kursus ini banyak beri saya pendedahan tentang penjagaan anak anak. Memang la saya tahu saya ni tak berkahwin. Satu hari nanti saya mesti jadi ibu, dan ibu sekarang tak boleh lembik lembik. Anak anak dah zaman alpha. Kadang kadang percakapan mereka lebih bijak dan tajam.

Alamak dah serius pula bunyi nya heheheh. Konon nak tulis santai santai. Kursus ini diadakan setiap minggu. Ye la mak mak kan busy jaga anak anak isnin hingga jumaat. Hujung minggu sahaja ada free time.


Ini lah modul yang kami guna selama berkursus, disini kami diajar macamana nak mengajar dari pembelajaran, tempat bermain, keselamatan, nyanyian dan beberapa aspek pentadbiran.

Zaman kita dulu, bila hantar rumah orang mesti nak tengok tv je. Mak ayah kita tak kisah pun, tapi zaman ssekarang mak ayah bijak bijak sampaikan nak hantar balik tu mesti mak ayah tanya pada anak "hari ini belajar apa?"
  






Hari Pertama, kita kasi ice breaking dulu dan sesi pengenalan dari Pegawai JKM dan sebelah petang modul kesihatan dan keselamatan dari pihak PPUKM. Yang ini nurse dari unit kecemasan kanak-kanak. Orang nya tegas sangat. Semua tak boleh main main.

Next day, kita dah mula dengan isi-isi yang lain. Aduhhhh rasa nak termuntah bila sehari suntuk bertapa dalam bilik tu. Rasanya macam tak boleh pergi jer. Tapi kuat iman, mental, fizikal hahahaha.
So, bermula kelas hujung minggu dengan perasaan yang kental

Saya kongsikan sikit gambar semasa saya berkursus








Sebenarnya panjang lagi saya nak cerita tapi sebabkan kekangan masa, ini saja saya dapat ceritakan. Lama saya peram cerita ini. Maaf yer!


Next entry please!




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: