Si Pembaca

Tuesday, October 27, 2015

Dessert dari KFC


Assalamualaikum!!

Ok. Ini cerita minggu lepas a day before Maal Hijrah. 
Saya ni banyak jawatan dalam tadika taska. Saya la cikgu, saya la akauntan, saya la kerani, saya la PA dan saya la segala galanya. 

Serius rasa bongkak!

Ok la dipendekkan kisahnya, saya kena jadi driver bawa boss p meeting kat Shah Alam tu. Masalah terbesar boss saya bila nak kena drive luar dari rawang, dia jd takut. Jd kena ada seseorang yang boleh jd co-pilot dia. Yang tau direction. Insyallah lepas nya

Jadi sementara nak menunggu abis meeting. Saya jalan jalan di Kompleks PKNS. Memandangkan bukan minggu gaji jd kita windows shopping je la. Tekak lak rasa haus dan mcm nak makan something yg light. Padahal masa tu lunch hour kot.

Nak mudah kita masuk fast food sahaja.


Ini lah dessert yang saya katakan. Lagi satu, masa ni ada promotion tau. Adik tu tak abis abis promote. Rasanya dalam RM3.99. Paling best sekali bila tiba tiba supervisor kat situ datang kat meja dan tanya kalau kita isi form survey kat KFC dapat beli lagi satu dengan harga RM2!!!

Rasa rasa ada dessert Tiramisu dalam harga RM2??

So korang follow je cara-cara nak menebus dessert tu berpandukan screenshot di bawah


Selamat mengisi! Selamat membeli dan selamat ber-dessert heheheh!






Tuesday, October 20, 2015

Jalan Jalan Cari Makan: Temerloh Catering, Shah Alam

Assalamualaikum.

Hari ini kita outing lagi! Wahh best best. Sapa kata kerja tadika tak best. Cer try and test haha

Ok. Hari ini ada site visit untuk event Hari Tadika Selangor di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam

Tapiiiiiii.. kita bukan nk cakap pasal HTS tapi nak cakap pasal makan makan hehehe.

Sudah menjadi kebiasaan kami kalau keluar mana mana kalau tak pergi makan memang tak sah la.

So tadi Puan Boss kena attend meeting dulu, kita pergi mencekik la.

Sebab IDCC ni di Seksyen 15, saya pun cari kedai di sekitar sini shj. Pusing pusing jumpa gak

TEMERLOH CATERING. Gambar? Nan ado. Boleh google sendiri. Hehe

Bagi pelanggan yang suka kan masakan melayu lepas tu penggemar masakan tempoyak. Hmm kita suggestkan kedai ni. Td masa masuk pun nk pukul 3ptg tp lauk dia still banyak.

Kalau nak merasa ikan sungai 'ori' kena buat tempahan la. Kalau nk sedia ada boleh walk in tanpa segan silu.


Ok. Set lunch saya. 
Ada ikan bawal masak sambal. Tempoyak ulam. Telur asin. Sambal tempoyak. Air limau ais.

Total termasuk gst adalah rm10.40 huhu

Rasanya perghhhh! Nasib tak bungkus nasi tadi.

Overall makanannya best. Tak rugi pun masuk walaupun pertama kali sampai sini. 



Ni saya share kan location. Senang nak cari. 


Instagram pun ada. Pakat ramai ramai datang ye


Sunday, October 18, 2015

29 Zulhijjah 1436H - 13 Okt 2015

Assalamualaikum! Jawab salam saya ni cepat cepat hehe

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana telah mempermudahkan urusan kakak ku ini.

Pada tarikh seperti di atas ni, angah telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg di Hospital Sultanah Baiyah di Alor Setar Kedahhh.

Mengikut perkiraan tarikh dlm buku sepatutnya due pada bulan 11 tapi terkeluar awal. Rupa rupanya angah salah bagi tarikh last period tu. Jd ada sedikit kekeliruan dan akhirnya semua dah diselesaikan dengan baik. Bukan apa. Kita taknak la saman menyaman dengan pihak hospital. Selesai dengan cara baik.

Baby boy sihat dan temban. Semalam baru dpt tgk sebab baby kena sakit kuning jadi kena tahan dulu. Nama dah ada. Hari ini baru nak register.

Nanti hujung bulan baru balik rawang. Berpantang kat sini.


Ok. Bye.

Wednesday, October 14, 2015

Merdeka 58 #sehatisejiwa

Assalamualaikum semua!

Agak terlewat banyak dahhhhhh ni!!!

Sepatutnya story ini sudh lama di update tapi kekangan masa adoiiiiii simpan sahaja dalam draft.

Negara kita telah pun mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan setiap tahun akan diadakan sambutan sebagai peringatan bahawa negara kita pernah dijajah oleh pihak Jepun dan British.


Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga berada di negara yang berbilang agama, bangsa dan kaum. Walaupun negara kita mempunyai konflik dalaman yang entah apa apa tapi saya berharap pentadbiran negara dilaksanakan dengan telus.


Hahaha. PM pun gelak kalau baca 


Oleh itu sebagai generasi muda dan belia, saya bersama guru-guru di Tadika Bijak Al-Iqra, Rawang telah meraikan sambutan merdeka ke 58 dengan tema



#sehatisejiwa


Kalau kita taip je hashtag tu, beribu ribu lemon gambar, ucapan, video dan sebagainya boleh kita baca dan lihat.


Apa kata kita tengok sahaja bagaimana kami menyambut hari kemerdekaan kali ke 58 ini










selalunya cikgu cikgu yang over dari anak murid






satu malaysia
sekian. terima kasih



Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum warga blogger yang dikasihi,

Alhamdulillah. Kita telah pun menutup tahun 1436H  dan membuka tahun baru 1437H.




Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh sabar dan tenang.




Ecehhhhh. Serius pula!




Apa yang nak saya conclusion di sini adalah tahun 1436H adalah tahun yang boleh dikatakan apa yang kita merancang telah pun selamat dilaksanakan. Mungkin ada sopak sana sini tapi selagi kita diberi peluang kita perbetulkan.


Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, saya akan lebih jadi penyabar dan setenang air di sungai walaupun kalau ada orang baling batu sembunyi tangan, saya takkan melatah.



Ragam orang kita tak boleh nak predict. Terima seadanya.


Akhir kata dari saya,







Friday, October 09, 2015